Tuesday, May 12, 2009

Ibuuuuuuu Kaulah Permata Hatiku!!!!

Hari ahad 10 Mei 2009, seluruh dunia merayakan hari Ibu. Hari istimewa ini diwujudkan khas untuk menghargai pengorbanan kaum ibu yang tak ternilai harganya.Sudahkah anda menelefon ibu anda dan mengucapkan Selamat Hari Ibu? Jika belum lakukan sekarang!
Mungkin setiap hari anda sudah mengucapkan sayang, rindu kepada ibu anda. Tetapi hari ini adalah hari yang istimewa. Tidak sesiapa dapat menafikan peranan ibu dalam sesebuah keluarga. Seorang ibu mampu memainkan peranan seorang ayah. Tetapi agak sukar bagi seorang ayah memainkan peranan seorang ibu. 9 bulan ibu mengandung. Kesana kemari membawa bayi dalam kandungan. Penat lelah tiada rungutan. Oh.. Besar benar pengorbanan ibu. Sempena hari istimewa ini saya ingin mengucapkan selamat Hari Ibu kepada semua kaum ibu, terutama sekali mak saya JALEHA SHARIFF. Along, angah, uda, mak ati, udin dan manja sentiasa menyayangi mak....emmuahhhhhhh. Walaupun tak seberapa kami ada membeli hadiah untuk mak dan majlis kecil untuk mak....moga mak suka...



Sempat aku posing, masa ni tengah tunggu order mcd untuk celebrate kat umah ngan mak aku....hehehhehe sempat aku posing ngan anak aku...hehehhehe....







Selamat Hari ibu!!!!...aku, anak aku ngn adik beradik aku dok nyanyi masa mak aku potong kek....seronok.....



pastu yang kelakar nye ayah aku dok nyanyi lagu 'ibu'....hehehehehehe.....seksi beb...siap tak pakai baju....blurrrrrrr.... la gambar nie....tapi best ayah aku dok nyanyi mak aku lagu 'ibu'....




Saat yang dinantikan saat mak aku bukak hadiah...kite orang kongsi adik beradik....belikan mak kasut...macam kasut puteri....lawa beb...


Ibu...
Siapalah daku tanpa dirimu,
Walaupun kau sering memarahiku,
Daku tidak pernah kecewa,
Kata-katamu bak mutiara,
Kerana ku tahu disebalik kekatamu itu,
Terselindung secebis kasih seorang Ibu terhadap anaknya...
ku pasti setiap nasihat itu adalah untuk kebaikan diriku...
Mengajarku erti sebuah kehidupan

Ibu….
Daku telah banyak berdosa kepadamu,
Dapatkah daku membalas jasa baktimu,
Yang laksana pepasir di pantai,
Yang telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku,
Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil,
Dan menatap wajahku yang hina ini...
Sempena Hari Ibu,
Daku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu,
Agar dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia,
Disamping keluarga tercinta...

Ibu,

Setiap deras degupan jantungku,
Engkau mampu merasanyaKetika aku,
Sedih...Gembira...Gelisah....
Naluri ibumu,
Bagaikan sebati dalam diriku,
Ketika aku sedih,
Kaulah ubat kepada duka laraku,
Menceriakan dan menghakis,
Perasaan yang melunturkan,
Semangatku Ketika aku gembira,
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat,
Aku hidup di muka bumi iniSebagai manusia,
Pabila gelisah menyelubungi jiwaku,
Engkau masih bersamaku,
Menolong menyelesaikan,
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan,
Perjalanan hidupku,

Ibu...
Selagi hayat dikandung badan,
Aku akan sentiasa mendampingimu,
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua,

Ibu....
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini

1 comment:

  1. alololo...bestt nya jueee...
    aah mmg macam sandal puteri hikhik..
    mseti mak jue happy kan...

    ReplyDelete