Friday, May 29, 2009

Muhasabah Diri....Peliknya Umatku....

Peliknya umatku

Bola punya hal, pukul 3 pagi boleh bersengkang mata.

Bola punya hal, ringan aje tubuh untuk bangun diwaktu ayam pun tak bangun lagi.,

Tapi pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat untuk bangun jika disuruh tahajudd 2 rakaat

dan diwaktu sahur cukup menyeksakan baginya.

Pelik nya umatku

Menangis terresak-esak sebab penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi Fantasia.

Air mata sungguh murah melimpah apabila artis pujaan turut menangis.

Namun, berapa sangat umatku yang sudi melinangkan air matanya

sebagai taubat kepada Yang Esa?

Berapa sangat umatku yang menangis kerana kematian seseorang ulama dan salehin?

Peliknya Umatku

SMS berpuluh-puluh ringgit dengan senang hati dihantar, janji penyanyi pujaan terpilih. Jari –jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan dan nombor undian. Tapi jari-jemari begitu berat untuk mengambil seringgit bagi dimasukkan ke dalam tabung masjid. Tangan begitu kaku untuk menghulurkan seringgit dua ke Jalan Allah.

Peliknya umatku

Gembira sekali sebab anak pandai menyanyi dan pandai main piano

Sedih sekali dia apabila anaknya tak dapat masuk Akademi Afantasi dan Malaysia Idol

Namun tak ramai umatku yang sedih jika zuriatnya buta Al-Quran.

Tak ramai umatku yang resah jika tidak tahu sujud kepada Yang Esa

Peliknya umatku

Sanggup teresak-esak, berhimpit-himpit di padang konsert hiburan

Sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan

Sedihnya…program Allah 5 kali sehari di Masjid tidak dapat sambutan meriah dari umatku. Mereka tidak sanggup untuk berdiri dalam saf walaupun 5 minit Cuma

Peliknya umatku

Setiap tahun mereka sanggip menjadi penunggu setia kepada jam 12 malam

pada hari merdeka, pada hari tahun baru. Jam 12 mereka akan bersorak ramai-ramai….tak kira jantan betina, detik 12 malam, saat yang ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam besar…sedihnya tak ramai yang mampu dan mahu menggu waktu solat lebih awal di masjid

Peliknya umatku

Setiap kali aku menulis fakta yang benar dan kenyataan tentang bagsaku, kamumku dan umatku, pasti ada suara-suara sumbang dan lantang yang cuba mempertikaikan seumpama menegakkan benang yang basah. Tak salah rasanya kalau kita sedar dan meyedarkan.,,,

No comments:

Post a Comment